Penggunaan dalam budaya Jepun dan Korea Limau Yuzu

Isi Limau Yuzu rasanya agak masam, dan lebih masam dari grapefruit. Buahnya jarang dimakan, namun kerana aromanya yang kuat, ia sering digunakan untuk dijadikan pewangi masakan atau bahan tambah (food additive) di dalam aktiviti kulinari Jepun dan Korea. Ketika ini, ekstrak minyak Limau Yuzu juga banyak digunakan sebagai bahan tambah bernutrisi dalam membuat pewangi dan bahan kosmetik seperti krim dan sabun penjagaan muka dan wajah. Di Jepun, terdapatnya suatu adat mandi bersama jus Limau Yuzu yang begitu popular yang diadakan pada musim Toji (solstis musim sejuk).